

Assamualaikum
BERGAYANYA
ANDA
DISEBABKAN
KAMI

Fesyen kasut itu memainkan peranan dalam menonjolkan penampilan diri ketika berada di khalayak ramai. Namun, bagi lelaki dan wanita, berfesyen itu perlu mengikut tempat dan kesesuaiannya agar tidak terlalu menonjol atau mungkin lari dari konsep situasi dan masa.
Lelaki dan wanita semestinya perlu tahu cara dan item yang mesti ada dalam dunia fesyen mereka agar tidak ketinggalan zaman.
Setiap jenama kasut kesihatan ini memiliki kelebihan seperti anti kejutan, ruang jari yang lebar, fleksibel, lengkung sokongan yang tahan, tidak licin dan mudah dibersihkan.
TIP PENJAGAAN KASUT
Kebanyakkan lelaki dan wanita membiarkan kasut kotor sehingga kering terutama sekali selepas hujan. Anda salah! Tindakan ini hanya akan lebih sukar untuk membersihkannya. Walaupun anda sudah menggunakan pengalis air, atau sneaker anda adalah jenis material kulit, tetapi tali dan jahitan kasut anda masih boleh menyerap kotor dan berubah warna. Oleh itu, amalkan untuk membasuhnya sekurang-kurang seminggu sekali. Jika anda malas sekalipun, anda masih boleh menggunakan tisu basah, kain basah dan jika jenis kain anda boleh gunakan berus, contohnya berus kasut atau berus gigi untuk membersihkannya. Jangan biarkan ia tidak dijaga.
Air dan semburan kalis air adalah sangat berguna jika anda pergi ke tempat kerja memakai kasut dari material kain. Untuk kasut yang jenis material menyerap seperti nubuck atau pun suede, semburan kalis air adalah salah satu idea bijak dalam melindungi kasut anda itu. Yang pasti, amalkan sembur keseluruhan kasut, biarkan semalaman dan ulang.